![]() |
| TOKOH-TOKOH YANG MEMPELOPORI TEORI TINGKAH LAKU |
Tuesday, 15 April 2014
Pendekatan Pembelajaran : Teori Tingkah Laku
Teori tingkah laku (behaviorisme) yang diperkenalkan oleh Ivan P.Pavlov dan dikembangkan oleh John B.Watson, Edward L.Thorndike dan B.F.Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
ISU SEMASA : SAHSIAH GURU
KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.
Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.
Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.
“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.
Sunday, 13 April 2014
Empat Asas Utama Sahsiah Bagi Mencapai Kesempurnaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membentuk insan yang bergelar pelajar menjadi seorang yang mampu mengemudi dan mentadbir negara suatu hari nanti.
Didikan serta tunjuk ajar yang berkesan daripada guru yang bersahsiah merupakan tunggak utama untuk mencapai cita-cita seseorang disamping berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih bernilai bagi seseorang pelajar.
Bagaimanakah untuk menjadi seorang guru yang bersahsiah..?
Menurut Al-Ghazali, guru yang cemerlang merupakan individu yang mempunyai sahsiah terpuji antaranya :
Kaedah yang berkesan dalam proses Pembentukan Sahsiah Mulia :
Sekian daripada kami untuk pengisian dan perkongsian ilmu... selamat membaca dan selamat beramal..
Guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membentuk insan yang bergelar pelajar menjadi seorang yang mampu mengemudi dan mentadbir negara suatu hari nanti.
Didikan serta tunjuk ajar yang berkesan daripada guru yang bersahsiah merupakan tunggak utama untuk mencapai cita-cita seseorang disamping berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih bernilai bagi seseorang pelajar.
Bagaimanakah untuk menjadi seorang guru yang bersahsiah..?
Menurut Al-Ghazali, guru yang cemerlang merupakan individu yang mempunyai sahsiah terpuji antaranya :
- Bijaksana : Wujud keserasian di antara ilmu dan amal. Ilmu memandu seseorang agar boleh membezakan perkara baik dan buruk. Ilmu memberi kesan yang baik kepada diri seseorang di mana ia dapat menghasilkan nikmat dan mendatangkan kepada diri.
- Keadilan : Apabila jiwa dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai nikmat tersebut. Aspek ini membimbing manusia ke arah keselamatan, ketenteraman, kedamaian, dan kebahagian.
- Keberanian : Mempunyai keteguhan ati bagi mempertahanan dan membela kebenaran. Tiada sifat ingin mengundur walaupun dicela dan tidak mudah alpa ketika mendapat sanjungan.
- Mencegah diri daripada perbuatan maksiat yang boleh mendatangkan dosa dan mengurangkan pahala.
Kaedah yang berkesan dalam proses Pembentukan Sahsiah Mulia :
- Mendampingi guru yang mursyid :
- Pendidikan melalui persekitaran yang baik :
Sekian daripada kami untuk pengisian dan perkongsian ilmu... selamat membaca dan selamat beramal..
SAHSIAH GURU TERPUJI VS SAHSIAH GURU TIDAK BAIK !!
5 sahsiah guru terpuji :)
- Mesra pelajar
--> Guru sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid serta mudah diingati oleh pelajarnya. - Amanah dengan tanggungjawabyang dipikul
--> Guru sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul dalam mendidik dan menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. - Baik hati dan suka menolong
--> Guru sentiasa menghulurkan bantuan kepada murid apabila menghadapi masalah dalam hal peribadi dan juga pelajaran. - Bersifat penyabar
--> Guru sentiasa bersabar dengan kerenah murid dalam menyampaikan isi pelajaran. - Periang
--> Guru mempamerkan wajah yang ceria dan bersikap sebagai seorang yang periang apabila berdepan dengan murid tidak kira di dalam dan di luar bilik darjah.
5 sahsiah guru tidak baik :(
- Tidak bertanggungjawab
--> Terdapat segelintir guru tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan seperti mengendalikan aktiviti ataupun majlis disekolah. - Bersikap tidak adil dan pilih kasih
--> Guru hanya memberi tumpuan kepada murid yang pandai dan disukainya sahaja. - Emosi tidak seimbang dan mudah marah
--> Guru tidak dapat mengawal emosi apabila menghadapi masalah dan melepaskan perasaannya kepada murid. - Mementingkan diri sendiri
--> Mengambil cuti sakit walaupun dalam keadaan sihat untuk kepentingan hal peribadi. - Tidak mesra murid
--> Guru hanya tumpukan pada tugas mengajar sahaja dan tidak mengambil peduli akan hal dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Komunikasi Antara Guru dan Pelajar
Hubungan antara guru dan pelajar sangatlah penting.Hal ini disebabkan kebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah bersama guru berbanding dengan keluarga mereka. Interaksi atau komunikasi sesama guru dan pelajar haruslah dititikberatkan. Seorang guru hendaklah bijak dalam menarik minat para pelajarnya. Sebagai contoh, guru yang cemerlang haruslah pandai mengawal kerenah murid-murid. Masalah yang sering berlaku sekarang ini adalah apabila guru-guru merasakan bahawa komunikasi yang digunakan sekarang ini sudah berkesan dalam membentuk peribadi seseorang pelajar. Bagi mereka kekerasan yang digunakan oleh mereka akan menjadikan seseorang pelajar itu patuh terhadap mereka. Namun, mereka tidak memikirkan kesan yang akan dialami oleh pelajar tersebut. Kemungkinan besar beliau akan merasa takut seterusnya menyebabkan beliau tidak mahu hadir ke sekolah.
Menurut Eric Berne, terdapat tiga konsep dalam komunikasi iaitu Parent-Adult-Child. Parent menunjukkan seseorang itu mempunyai ciri-ciri keibubapaan. Contohnya, guru ini akan berfikiran secara matang dan tidak bertindak secara melulu. Selain itu, Adult pula menunjukkan ciri-ciri negatif seseorang guru tersebut. Dasawarsa ini, kita dapat lihat di dada-dada akhbar banyak memaparkan kes-kes penderaan pelajar oleh guru di sekolah. Kejadian seperti ini berlaku disebabkan guru-guru tidak dapat mengawal emosi mereka. Akhir sekali, Child. Konsep ini menunjukkan mengenai sahsiah seorang guru yang midah untuk memahami kehendak pelajarnya. Maksudnya di sini, seseorang guru itu mudah didekati dan senang untuk berkongsi masalah. Guru seperti ini jenis yang disenangi dan disayangi pelajar.
Menurut Eric Berne, terdapat tiga konsep dalam komunikasi iaitu Parent-Adult-Child. Parent menunjukkan seseorang itu mempunyai ciri-ciri keibubapaan. Contohnya, guru ini akan berfikiran secara matang dan tidak bertindak secara melulu. Selain itu, Adult pula menunjukkan ciri-ciri negatif seseorang guru tersebut. Dasawarsa ini, kita dapat lihat di dada-dada akhbar banyak memaparkan kes-kes penderaan pelajar oleh guru di sekolah. Kejadian seperti ini berlaku disebabkan guru-guru tidak dapat mengawal emosi mereka. Akhir sekali, Child. Konsep ini menunjukkan mengenai sahsiah seorang guru yang midah untuk memahami kehendak pelajarnya. Maksudnya di sini, seseorang guru itu mudah didekati dan senang untuk berkongsi masalah. Guru seperti ini jenis yang disenangi dan disayangi pelajar.
Ciri-ciri komunikasi yang baik
Ciri-ciri komunikasi yang buruk
6 Nilai Bitara UPSI...
1. Integriti
6. Kreatif dan Inovatif
-Telus
-Adil
-Amanah
-Akauntabiliti
2. Profesional
-Beretika
-Iltizam
-Cinta Ilmu
-Kompeten
3. Semangat Berpasukan
-Peluang untuk maju
-Fokus matlamat
-Penghargaan
-Keselesaan persekitaran
4. Berorientasikan pelanggan
-Responsif
-Proaktif
-Mesra
-Berkualiti
5. Prihatin Kebajikan Anggota
-Peluang untuk maju
-Empati
-Penghargaan
-Keselesaan berpasukan
6. Kreatif dan Inovatif
-Berdaya cipta
-Penambahbaikan berterusan
-Rebut peluang
-Nilai tambah
Guru Yang Tidak Berdisiplin dalam Menguruskan Masa
Assalamualaikum dan salam sejahtera..Ahlan Wasahlan..
Guru merupakan individu yang penting selepas ibu bapa dalam mendidik serta membentuk sahsiah seseorang agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Guru sepatutnya menunjukkan nilai yang baik kepada pelajar agar dapat dijadikan suri teladan kepada para pelajar. Dewasa ini, banyak permasalahn yang timbul dalam kalangan guru di sekolah antaranya guru tidak berdisiplin dalam menguruskan masa di sekolah. Kebanyakan guru tidak menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya untuk memberi didikan kepada pelajar. Guru lebih suka membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah antaranya berbual-bual sesama guru dan hal ini akan menyebabkan seseorang guru itu lambat menghadirkan diri di kelas untuk mengajar. situasi ini boleh mungundang pelbagai perspektif negatif dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.
pelbagai akibat dan kesan negatif yang akan timbul jika guru berterusan mengamalkan sikap buruk ini antaranya :
- pelajar akan berkeliaran di luar kelas disebabkan tiada guru yang bertanggungjawab untuk mengawasi kelas tersebut.
- pelajar akan mengganggu pelajar lain untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
- pelajar tidak menghormati guru dan mengambil mudah dalam semua perkara.
- prestasi pelajar dalam pelajaran akan menurun.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)



